Monday, March 14, 2011

::: Ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif :::

 Ayat aktif transitif

1) Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Tips:
Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu transitif?Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas kata kerja itu. Jika ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif mempunyai objek.

Contoh : Arif menaiki basikal. Menaiki apa? (ada jawapan)


Contoh :

Dia membeli buah durian.
       subjek = Dia
       kata kerja transitif = membeli
       objek = buah durian


2) Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi.

Contoh :-  
" Puan Aisyah menghadiahkan anaknya sebuah basikal."
    Puan Aisyah       (subjek) 
    menghadiahkan  ( kata kerja transitif )    
    anaknya              (objek tepat )         
    sebuah basikal    (objek sipi).


3) Ayat aktif transitif juga boleh digugurkan objeknya.

- Objek yang boleh digugurkan itu hanya ganti nama diri orang   pertama.
 
contoh:
"Keberaniannya sungguh menghairankan kami."
subjek =  keberaniannya
kata penguat = sungguh
kata kerja transitif = menghairankan 
objek yang digugurkan = kami

Ayat aktif tak transitif 

1) Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

Tips:
Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu tak transitif? Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas kata kerja itu. Jika tidak ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif tidak mempunyai objek.

          Contoh : Saya berenang. Berenang apa?(tiadajawapan)
 
2) Ada dua jenis ayat aktif tak transitif :  
     -keterangan yang boleh digugurkan
     -keterangan yang tidak boleh digugurkan 

(i) keterangan yang boleh digugurkan 
    
Contoh : -Kumpulan remaja itu sedang berbual dengan rancaknya.
               -Kumpulan remaja itu sedang berbual.

(ii) keterangan yang tidak boleh digugurkan
     
Contoh : - Dia berada di Kuala Lumpur.
               - * Dia berada.



    

20 comments:

  1. Puan Aisyah menghadiahkan anaknya sebuah basikal atau Puan Aisyah menghadiahi anaknya sebuah basikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata menghadiahi digunakan apabila merujuk perbuatan memberikan hadiah kpd seseorang; contoh ayat 

      Pengurus itu menghadiahi setiap pekerja yang bersara sebuah cenderamata, 

      manakala kata menghadiahkan digunakan apabila merujuk memberikan sesuatu sebagai hadiah, menganugerahkan:  

      mereka menghadiahkan sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisahan itu.

      atau 

      'Menghadiahi' digunakan untuk 'yang bernyawa' dan menghadiahkan digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Bagi ayat di atas, yang betulnya ialah ...'menghadiahi'.

      Delete
    2. Kalau ayat dua objek sesuai digunakan menghadiahi sbb yg menyambut kata kerja itu manusia (anaknya), kalau ayat satu objek sesuai digunakan menghadiahkan sbb yg menyambut kata kerja itu ialah benda (basikal).

      Delete
    3. bagaimana pula kalau " masak " ? adakah ibu memamasakkan ayah nasi goreng ataupun ibu memasaki ayah nasi goreng 😭😭 saya agak keliru

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya suke dgn penjelasan tersebut

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillh,penjelasan yang sangat baik..tq

    ReplyDelete
  5. Beberapa orang pemuda masih bermain bola pada waktu senja.

    Transitif / Tak ??

    ReplyDelete
  6. Salam saya nak tanya kalau ayat dia macam ni "Taman ini menjadi tumpuan orang ramai" dia transitif ke tak sebab saya keliru

    ReplyDelete
  7. Trima kasih. sungguh bermanfaat bagi kita pelajar. smoga dipermudahkan urusan nya. God bless✨

    ReplyDelete